Wednesday 20 March 2013

Tabung Projek Usahawan Bumiputera Islamik (TPUB-i)

Kriteria Kelayakan
---------------------------
- Syarikat milik penuh Bumiputera (100% pegangan saham);
- Mempunyai projek/kontrak terjamin daripada kerajaan, badan-badan dan agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat milik kerajaan. Projek/kontrak dari syarikat-syarikat swasta yang memenuhi syarat kelayakan berikut juga layak:-
a. Dana Pemegang Saham Bersih tidak kurang dari RM20.0 juta;
b. Beroperasi tidak kurang dari tiga (3) tahun;
c. Tanpa rekod kerugian untuk tiga (3) tahun terakhir
- Digalakkan menjadi ahli kepada salah satu pertubuhan perniagaan seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), PERDASAMA, USAHANITA, Dewan Usahawan Muda Bumiputera, dan lain-lain pertubuhan yang diperakui oleh CGC;
- Pemohon daripada kalangan kontraktor hendaklah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan tidak disenaraihitamkan oleh PKK;
- Projek/kontrak tidak dibiayai oleh institusi-institusi kewangan lain.

Pembiayaan Maksima
---------------------------------
- Sehingga RM3.0 juta untuk kali pertama dan RM5.0 juta untuk kali kedua dan seterusnya;
- Pembiayaan kali kedua melebihi RM3.0 juta sehingga RM5.0 juta adalah layak bagi syarikat-syarikat berikut:-
i. Syarikat yang mempunyai Dana Pemegang Saham Bersih tidak kurang dari RM1.0 juta;
ii. Nisbah Penggearan (Gearing Ratio) tidak melebihi 5 kali;
iii. Pemohon mempunyai rekod baik dengan CGC; dan
iv. Pemberi kontrak mempunyai rekod prestasi baik.
- Bagi perniagaan-perniagaan penyediaan makanan / katering, pembiayaan maksima dihadkan kepada RM750,000.00;
- Bagi perniagaan perkongsian dan persendirian, jumlah pembiayaan maksima dihadkan kepada RM500,000.00 pada satu-satu masa.

Jenis-jenis Kemudahan
----------------------------------
- Pembiayaan Berjangka; dan
- Pembiayaan Berputar (Revolving Financing)

Yuran Jaminan
-------------------------
- Tiada yuran jaminan dikenakan di bawah skim ini.

Kadar Keuntungan Pembiayaan
--------------------------------------------

1. Pembiayaan kali pertama - 5.0% Setahun.
2. Pembiayaan kali ke-2 dan berikutnya. KPA* Maybank Islamic + 1.0% Setahun.
*KPA - Kadar Pembiayaan Asas.

Tempoh Bayaran Balik
----------------------------------
- Maksimum selama 5 tahun atau tempoh masa kontrak atau jangkamasa pembiayaan, yang mana lebih awal.

Kaedah Permohonan
-------------------------------
- Borang permohonan boleh didapati di:-
• Semua cawangan CGC; atau
• Laman web CGC.
Klik untuk muat turun borang permohonan.
- Permohonan lengkap boleh dikemukakan terus kepada mana-mana cawangan CGC yang berhampiran atau hubungi saya seperti nombor dibawah.

Sekian terima kasih,

-signed-

Shazarina Samsudin
0133388376
Executive Processing, Main Branch.

No comments:

Post a Comment